Assalamualaikum and hello fellas!
Kali ni auni update panjang sikit tau, harap bersabar la ek.
Hari ini adik auni sunat. bhaha. gud luck la adik. akak doakan hang dari jauh je la ek. hehehe.
Auni baru balik dari KL semalam. around pukul 1.30 pagi baru nampak tiang rumah.
hurm...
Hari selasa petang baru la berangkat pegi Putrajaya. Pergi rumah pak su, Pak su ajak. dan pergi KL juga, sebab nak jumpa doktor gigi. nak pakai brces. ye la gigi auni kan tak cantik macam orang lain. sorry, drama pula.
Seperti tahun-tahun lepas, auni memang selalu pergi kl. buat apa? ikut suka hati la! first, sebab mak long auni setiap tahum semak kertas SPM kat KL. so family auni ikut sekali. dah orang ajak kan. hehehe. and second sebab ramai kerabat- kerabat auni duduk dekat KL- Putrajaya.
Bila sampai KL tu, sesak gila la dekat Jalan Duta tu dengan pak cik-pak cik yang baru balik dari pejabat, mungkin. tak pasti la. tapi yang sedihnya, KLCC dengan Menara KL tak sambut auni macam selalu. sedih betul. merajuk la dengan bangunan tu, orang penat-penat datang KL dia boleh tak sambut auni.
Hari Rabu pula, Auni pergi klinik gigi. Disebabkan first time nak datang klinik tu, hampir sejam jugak la pusing satu Kajang. huh, penat.* gaya macam kita je yang bawa kereta.. Samapai je klinik tu, rasa macam amannya klinik, tak ada perasaan gerun macam klinik gigi yang lain. Lepas Auni check gigi tu, doktor cakap dia nak x-ray mulut auni. Doktor cakap dua kali x-ray. auni ingatkan lain-lain, rupa-rupanya buat x-ray tu dalam masa yang sama.. ini first time nak x-ray. macam-macam perasaan ada. Auni kena pakai jaket khas, tebal pula tu. Auni kena masuk dalam satu bilik khas. bilik x-ray la. ada dua machine dekat dalam tu. lepas doktor tu set-up machine tu, dia tinggal auni sorang-sorang dalam tu. tetiba machine tu bercakap. Ya Allah, hanya tuhan je yang tahu apa perasaan auni waktu tu. Tetiba lagi dengar bunyi. Machine tu dah nak start x-ray. relax auni relax..selawat banyak-banyak dalam tu. tak lama lepas tu, lampu bilik tu tetiba tutup. Ya Allah, apa lagi ni. doktor tu pun masuk la. Doktor tu suruh auni pegi pula dekat machine yang lagi satu. buat benda yang sama. doktor tu pun tinggal la auni sorang-sorang. dan sama macam tadi, machine tu cakap. tapi kali ni, relax sikit. huh. memang pengalaman yang auni tak boleh lupa la!
Hari khamis,
adik-adik nak pergi Kidzania pula. heh, macam-macam la. abah tak tau jalan nak pergi tempat tu. Pusing-pusing satu KL tu, ternampak Istana lama. eh, ada pameran la. Abah pun berhenti la. La, nak singgah sini ke? cakap nak pergi Kidzania. ala, pergi je la, So, masuk la dalam Istana Lama tu, naik bukit sikit, lepas tu baru la jumpa bilik pameran tu. Jalan-jalan la dalam 'istana' tu, dalam beberapa jam, mungkin. Teriba terfikir, situ je ke yang ada pameran, baru terfikir nak jelajah satu istana tu, nak la merasa jadi ahli istana ke, kan. sekejap pun tak pe la.*besar tak mimpi auni. nanti nak kahwin dengan anak raja la. baru best.
Lepas dah round istana tu, kitaorang pun bertolak la ke Kidzania. eh, kenapa lengang je?
Umi pun pergi la kaunter tu nak pergi bayar masuk Kidzania. Rupa-rupanya Kidzania nak rehat pukul 3 petang. Kitaorang sampai pukul 2 petang so kira rugi la bayar mahal-mahal, main sejam je. Rugi,rugi...
Lastly kitaorang pun tak masuk la Kidzania tu, kitaorang pergi la makan McD berdekatan..
Lepas dah round istana tu, kitaorang pun bertolak la ke Kidzania. eh, kenapa lengang je?
Umi pun pergi la kaunter tu nak pergi bayar masuk Kidzania. Rupa-rupanya Kidzania nak rehat pukul 3 petang. Kitaorang sampai pukul 2 petang so kira rugi la bayar mahal-mahal, main sejam je. Rugi,rugi...
Lastly kitaorang pun tak masuk la Kidzania tu, kitaorang pergi la makan McD berdekatan..
No comments:
Post a Comment